Cari Blog Ini

Rabu, 14 Mac 2012

Projek naik taraf jalan luar bandar



Projek naik taraf jalan luar bandar

Sungguh bertuah penduduk Kampung Sg udin... seperti menerima durian runtuh apa tidaknya, kerajaan yang selama ini memerintah akan membekalkan Tenaga Elektrik yang selama ini di tunggu-tunggu penduduk. kampung yang hanya 45 minit dari bandar Tawau masih tidak dapat menerima bekalan Tenaga Elektrik.. apa yang dikatakan rezeki akirnya datang jua... rezeki Pru 13.. menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan kepada rakyatnya..
Tiang elektrik terpacak di sepanjang jalan sg udin




Apa yang menariknya disini adalah PROJEK NAIK TARAF jalan luar bandar.. signboard di simpang jalan menyatakan jalan di kampung ini  di naik taraf, tetapi malangnya hanya 600 meter saja.. (hanya 600 meter).... kenapa ini terjadi? dengan aspal yang tipis tiada saliran air (longkang)yang bagus, jalan yang di naik taraf itu hancur... penduduk kampung mahukan kehidupan yang selesa.. dengan jalan yang tidak sempurna sejak bertahun lamanya akan memberikan kesan pada pelajar sekolah yang berulang alik dari kampung sg udin ke Merotai Besar apabila musim hujan. 



sebahagian dari jalan sg udin.

Penduduk kampung mengharapkan perubahan yang di bawa oleh kerajaan sama seperti kampung-kampung lain yang ada di malaysia khususnya negeri Sabah. Jika apa yang kita dengar mahupun lihat Malaysia 
sudah berada jauh lebih maju dari Negara-Negara Asia yang lain dari apa yang kita lihat dari Media cetak 
Kita semakin maju pendapatan Negara semakin meningkat, tapi mengapa peruntukan
pembinaan jalan Raya hanya 600 meter sahaja?
 Apakah ada sebab-sebab lain yang menyebabkan jalanraya ini di buat tertangguh seketika..?
Harapan penduduk jika bekalan elektrik dapat disalurkan, ini adalah petanda dimana penduduk luar bandar tidak disisikan, akan tetapi dengan kemajuan yang ada, harus diselarikan dengan kemudahan yang lain ia adalah Jalan Raya, yang mana jalanraya adalah kemudahan yang utama selain elektrik dan air bersih...
Di waktu mendatang penduduk menanti bekalan AIR BERSIH..




Keindahan panorama di kg sg udin  


 







Isnin, 6 Februari 2012

Sambutan Tahun Baru



31 Disember 2011, 
Kampung Baru Sg Udin: Sambutan perayaan secara sederhana telah diadakan untuk menyambut tahun baru 2012, perayaan ini dibuat atas sebab merayakan penduduk kampung Sg Udin dan mengeratkan silaturahim dia antara penduduk kampung Baru sg udin, pangkalan mahupun kampung jelutung. 
.
Perayaan ini diisi dengan acara kesenian yang dipersembahkan oleh anak-anak dari Kampung sg udin, chip mill dan jelutung. Pertandingan nyanyian pada malam tersebut cukup meriah dimana penyertaan dari penduduk kampung sangat memberangsangkan sehingga ada perserta berumur 5tahun turut menjayakan pertandingan tersebut. tidak ketinggalan anugerah kecermerlangan dari segi sukan dan akedemik turut menghiasi acara pada hari meriah itu. Hadiah-hadiah disampaikan oleh wakil daripada YB Pang,(adun Merotai) yg turut menjayakan majlis tersebut.  
Di samping itu, satu jamuan sederhana juga telah diberikan kepada penduduk kampung.  pimpinan Kehormat Kampung, Tn  Tahir Berima selaku ketua kampung sg udin telah bersama-sama memeriahkan majlis sambil mengagih-agihkan makan kepada warga yang hadir..
Sekalung budi buat warga yang sudi menderma untuk menjayakan majlis sambutan tahun baru 2012 ini, jasa anda sangat kami hargai.. semoga dimasa mendatang kita akan berjumpa lagi...

Para pemenang pertandingan badminton
Penari tarian korea pada malam tersebut (geng ela )






Anugerah sukan Mr ucop





sebahagian dari penduduk kampung
penonton yang tak sabar-sabar menunggu detik 12tghmlm


kegembiraan yang tak terkata...
mic problem mr yan cam ndak puas hati jak..



Tetamu kehormat... kelihatan ketua kampung sg udin Mr Tahir

belia
peminat yg hadir menunggu persembahan pempeng sidek

geng slp
pempeng sidek dengan lagu Anak kampung




goyang dangdut...
helloooo makcik..


penari-penari jelutung
goyang kak....
sabri
yan n mail

belia
pembawa acara mr salleh

ucapan ketua kampung
mr baharuddin chip mill


pesta slp...

perserta karoke..
sekian,,.

DURIAN KAMPUNG BARU SG UDIN.



PERJALANAN selama 45 minit melalui jalan raya berbukit dari Bandar Tawau ke kampung baru sg udin memberi pengalaman luar biasa kepada mereka yang pertama kali menjejak kaki ke negeri Sabah itu.
Pemandangan hijau menjamu mata sebaik kereta yang dipandu memasuki Jalan Sg udin yang bengkang-bengkok. Benar, ia anugerah yang cukup mempesonakan apabila melihat satu demi satu kawasan dusun buah-buahan terutamanya dusun durian pekebun-pekebun kecil
Lebih menarik, setiap kali tiba musim durian iaitu pada awal bulan october hingga january setiap tahun, daerah itu menjadi tumpuan masyarakat setempat termasuklah penduduk luar .
Kehadiran mereka bukan semata-mata untuk menikmati raja buah yang harganya ada yang mencecah sehingga RM15 sebiji, bahkan mereka mahu menimba pengalaman menikmati durian di dusun buah-buahan.
Kepada kaki durian, makan di dusun pasti menyeronokkan. Pernahkah anda memasang impian untuk bermalam di dusun menunggu buah durian gugur sambil menikmati panorama malam dan            mendengar nyanyian ungas malam                                                                                                                    

Berikut serba sedikit keterangan mengenai DURIAN..




 
KETERANGAN AM

Nama Biasa : Durian
Nama Saintifik : Durio zibethinus Murr
Keluarga : Bombaceae

Asal :
Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari jenis Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D.graveolens, D.dulcis dan D.kutenjensis.

Kawasan Utama Tanaman :
Durian didapati ditanam di semua kawasan di Malaysia dan kawasan utama penanaman secara komersial ialah di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang.

Kegunaan :
Di Malaysia, durian merupakan buah yang paling popular untuk dimakan segar dan telah buah yang sangat digemari oleh pengguna. Buah durian boleh dimasak menjadi lempok, jem dan tempoyak. Buah durian juga boleh diproses dijadikan serbuk . Percubaan telah dibuat untuk mengeksport durian dalam bentuk sejuk beku.

Kandungan Zat Makanan :
Kandungan Unit/100 g bybm
Tenaga 153 kcal
Kabohidrat 27 g
Kalsium 40mg
Zat Besi 1.9 mg
Vit. A (Carotene) 150 mg
Vitamin B1 0.1 mg
Vitamin B2 0.13 mg
Vitamin C 23.3 mg
Lemak 3.4 g
Protin 2.7 g
TANAMAN BOTANIA

Pokok :
Pokok durian boleh mencapai ketinggian sehingga 40 m. Manakala di bawah penanaman secara komersial, pokok lazimnya mencapai ketinggian di antara 12–20 m dan keluasan kanopi di antara 19-12 m.

Daun :
Daun durian berbentuk bujur (oblong) berukuran 6 – 12 cm panjang dan 2 – 4 cm lebar. Permukaan atas daun berwarna hijau, berkilat sementara permukaan bawahnya berwarna keperangan dan diselaputi dengan sisik-sisik halus.

Bunga :
Terdapat di antara 20 – 60 kuntum bunga hermafrodit keluar dari tangkai pendek ( corymbose ) yang juga keluar dari dahan-dahan (cauliflorous). Bunganya besar, 5 – 7 cm panjang, berwarna putih berkrim.

Buah :
Buah durian berbentuk bulat hingga lonjong. Warnanya hijau hingga hijau keperangan. Kulitnya berduri dan tajam. Buahnya berpangsa-pangsa di antara 5 6 pangsa yang setiapnya mempunyai 1 – 5 ulas biji yang diselaputi dengan isi seperti kastad yang biasanya berwarna di antara kuning susu hingga oren.

Biji :
Kebiasaannya biji berbentuk ovat. Keadaan biji lazimnya penuh dan separuh penuh. Terdapat juga biji yang kesep.

Kultivar / Klon :
Jabatan Pertanian telah mendaftar lebih daripada 190 klon durian sejak 1934. Sehingga kini hanya 7 klon sahaja yang disyorkan untuk penanaman secara komersial di semenanjung Malaysia. Diantara klon-klon yang disyorkan adalah D24, D99, D123, D145, D158, D159 dan D169. Berikut adalah perbezaan ciri-ciri klon yang disyorkan :
Ciri-ciri
D 24
D 99
D 123
D 145
D 158
D 159
Pokok Cepat membesar, sangat sensitif kpd kemarau pada awal pertumbuhan Jenis dwarf tetapi tahan lasak Sederhana cepat membesar tetapi tahan lasak Pertumbuhan sederhana cergas Pertumbuhan sederhana cergas dan lasak Pertumbuhan sederhana cergas dan lasak
Buah Buah berbentuk bujur, hijau hingga hijau keperangan. Saiz sederhana besar, purata 1.5 kg per buah Buah berbentuk bulat, berwarna hijau kelabu hingga keperangan. Saiz sederhana besar 1.8 kg Buah berbentuk oblong, berwarna hijau kelabu hingga hijau keperangan, Buah besar, purata berat 2.2 – 3.5 kg Berbentuk agak bulat. Berwarna hijau dan bersaiz sederhana (1.4 kg) Berbentuk agak bujur. Warna hijau. Bersaiz sederhana hingga besar (1.5-2.5 kg) Berbentuk oblong. Warna hijau kelabu. Saiz besar (3.5 kg)
Isi (Aril) Berwarna kuning susu hingga kuning, bertekstur halus, tebal dan pejal. Rasanya manis, sedikit pahit, beraroma kuat dan berflavor Berwarna sangat kuning.Isinya bertekstur halus dan tebal. Manis dan beraroma sederhana. Berwarna sangat kuning, tebal dan bertekstur halus. Manis, beraroma baik dan sedap Berwarna kuning hingga oren. Tebal dan bertekstur pejal. Manis dan mempunyai aroma yang kuat dan sedap Berwarna kuning pucat hingga kuning. Isinya tebal dan bertekstur halus.Manis, beraroma dan sedap Berwarna kuning pucat. Isinya tebal dan bertekstur halus. Manis dan aroma sederhana kuat
Keseluruhan Kualiti buah sangat baik. Hasil tinggi dan konsisten (50-150 buah/pok/tah.) bagi pokok berumur 10-15 tahun. Sesuai ditanam di hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia. Kecuali di kawasan yang mempunyai kemarau yang panjang Kualiti buah sederhana baik. Hasil konsisten (30-120 buah /pok/tah) bagi umur 10-15 tahun. Kualiti buah baik. Hasilnya tinggi dikawasan yang mempunyai musim kering yang nyata (25–90 buah /pokok/tahun) Kualiti buah sangat baik. Pokok matang berhasil 65 buah/pok/tah. Banyak ditanam di Pahang Kualiti sangat baik di kawasan kering yang nyata. Ditanam di Kedah Kualiti buah baik di kawasan yang mempunyai musim kemarau yang nyata. Buat masa ini didapati ditanam di Kedah dan Kelantan
KEPERLUAN TANAMAN

Cuaca :
Tanaman durian sesuai ditanam di kawasan yang mempunyai hujan di antara 1800 mm – 4000 mm setahun dan suhu di antara 27 – 35ºC. Mempunyai musim kering di antara 2 – 8 minggu untuk menggalakan proses pembungaan, terpulang kepada klon.

Tanah :
Tanaman durian boleh hidup dengan baik di tanah berpasir hingga lom berpasir.yang mempunyai saliran yang baik. Kawasan tanah yang sesuai adalah siri Rengam, Jerangau, Kangkong, dan Selangor. Kawasan yang beralun, kecerunan 6-12 degree dan di lereng bukit adalah sangat sesuai untuk penanaman durian.

Zon Agro-iklim :
Kombinasi Klon:
Secara amnya adalah disyorkan 3 – 5 klon durian ditanam secara komersial bagi menggalakkan pendebungaan bersilang dan untuk memudahkan perancangan pasaran. Ini akan merangkumi 50-70% klon utama, 20-50% dari klon yang dapat membantu dalam proses pendebungaan dan 5 – 20% dari klon pilihan iaitu klon tempatan.

AMALAN KULTUR

Bahan Tanaman :
Pokok durian dibiak secara tampang melalui cantuman mata tunas atau baji. Di Malaysia, cara yang biasa digunakan ialah dengan menyediakan anak pokok didalam polibeg yang seterusnya dicantum dan dibesarkan sehingga mencapai spesifikasi yang ditetapkan (Malaysian Standard). Bagi bahan tanaman lanjutan (APM) pokok cantuman dijaga sehingga mencapai ketinggian 1 – 1.5 m di tapak semaian sebelum dipindah ke ladang. Bahan ini digunakan bagi mengurangkan tahap kematian diladang. Cantuman ladang boleh juga diamalkan terutama dikawasan yang curam dimana anak biji ditanam terus ke ladang dan dicantum apabila sesuai.

Jarak Tanaman :
Sistem penanaman yang lazimnya digunakan ialah sistem empat segi tepat iaitu 10 X 10 m (100 pokok/ha) atau 12 X 12m ( 69 pokok/ha). Menanam secara kontur pada jarak 10 m digunakan bagi kawasan curam.

Menanam :
Lubang berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m digali dan dibiarkan selama 2 – 4 minggu. Sebanyak 5 – 10 kg bahan organik berserta 200 g CIRP dimasukkan kedalam lubang tanaman dan digaul rata. Anak pokok ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya.

Pemangkasan :
Pemangkasan yang betul adalah penting bagi menggalakan pokok durian berbunga awal dan mengeluarkan hasil yang tinggi.

Sistem pemangkasan yang terlibat adalah seperti berikut:-
i) Cantasan bagi membentuk batang utama.
ii) Membentuk cabang seawal yang boleh bagi menggalakkan penghasilan awal.
iii) Cantasan pengurusan bagi mengekalkan pokok sentiasa subur dan produktif.
iv) Cantasan untuk mengurangkan ketinggian pada masa dan keadaan yang sesuai.

Pembajaan :
Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :
Peringkat Umur pokok(tahun) Jenis Baja Kadar
(kg/pokok/tahun)
Masa Aplikasi

0 CIRP
Bahan Organik
0.2
5-10
Semasa menanam
Vegetatif 1
2
3
4
5
15 : 15 : 15
atau
15 : 15 : 6 : 4
Bahan Organik
0.5
1.0
2.0
3.0
2 – 4 kg
4 kali setahun (terutama awal musim hujan)
3 kali setahun selepas merumput
Pengeluaran Hasil 6–7
8–10
11 ke atas
12:12:17:2 + TE
atau
13:13:20:2 + TE
Bahan Organik
6
7
8
5–10 kg
3 kali setahun seperti berikut:-
i) ¼ drpd jumlah 1–2 bulan sebelum
  berbunga.
ii) ¼ drpd jumlah pada peringkat awal
  berputik.
iii) ½ drpd jumlah selepas pungut hasil.
Pengurusan Air :
Pokok durian hendaklah diberi air pada musim kemarau supaya pertumbuhan tidak terbantut terutama D24 yang sangat sensitif dengan keadaan kemarau. Pengairan titis atau perencis mikro boleh digunakan untuk menyiram.

PENGURUSAN PEROSAK

Penyakit :
Penyakit- penyakit utama bagi durian adalah seperti berikut :
Penyakit
Tanda-tanda
Kawalan
1. Kanker batang
  (Phytophthora palmivora)
Lelehan berwarna coklat keluar dari nekrosis dipangkal batang dan juga boleh menyerang dahan dan akar. Daun yang diserang menjadi coklat dan mati Kikis kulit batang yang dijangkiti dan sapu dengan bahan aktif metalaksil (Ridomil) atau fosetil aluminium ( Aliette)
2. Hawar daun
  (Rhizoctonia solani)
Daun yang dijangkiti menjadi perang dan gugur Guna racun kulat benomyl 0.03% a.i.
3.Cendawan angin
  (Corticum salmonicolor)
Ranting yang dijangkiti dipenohi dengan maicilia merah jambu Jangkitan terok daun akan gugur dan ranting akan mati Guna racun kulat berkuprum seperti copper oxychloride a.i. 0.1%.
4. Kulapok Hitam
  (Meliola sp.)
buah dan boleh mengganggu proses fotosintesis pada daun dan pada buah kelihatan kotor dan tidak menarik Guna racun kulat maneb @ 0.1 % a.i. Guna white oil untuk mengawal thrips.
Serangga :
Serangga yang biasa menyerang durian adalah seperti berikut :
Perosak Tanda-tanda Kawalan
1. Mudaria Pengorek buah
  (Mudaria magniplaga)
Serangga dewasa bertelur pada buah muda hingga matang. Larva akan memakan isi dan mengorek hingga ke biji sebelum korek keluar untuk menjadi pupa Dimethoate a.i. 0.1%
2. Monogatus Pengorek buah
  (Monogatus punctiferalis)
Menyerang kudup bunga,putik buah dan buah yang sedang membesar. Ulat ini memakan bahagian kulit sahaja. Kesan serangan boleh dilihat dengan adanya gumpalan tahi berwarna perang dicelah-celah duri Dimethoate a.i. 0.1%
3. Teritip
  (Pectenococus sp.)
Pokok yang diserang menjadi pudar dan akan diselaputi oleh kulapuk hitam. Daun menjadi kering dan layu dan terus mati. Dimethoate a.i. 0.1%
4. Koya (Mealy bugs) Menyerang daun dan bunga tetapi tidak serius. Sembur dengan ‘white oil’pada bahagian yang diserang.
5. Kumbang platypus
  (Platypus capulatus Chap)
Pokok yang diserang akan kelihatan layu.Di batang pokok akan kelihatan lubang-lubang halus yang banyak dan terdapat habuk yang dikeluarkan dari lubang tersebut. Bahagian batang yang diserang perlu disapu dengan racun jenis sistemik seperti azodrin, rogor dan tamaron.
6. Pengorek batang
  (Batocera gultata dan Zeuzera
  coffeae)
Menyerang ranting dahan tetapi tidak serius Suntik dengan dimethoate.
Mamalia Perosak :
Perosak lain yang memberi kesan terhadap hasil termasuk tupai dan monyet. Ini boleh di kawal dengan menjerat dan menembak.

Rumpai :
Bersihkan kawasan keliling pokok pada peringkat awal pertumbuhan dengan menggunakan cangkul atau sabit. Sungkupan adalah disyorkan bagi mengurangkan pertumbuhan rumpai di keliling pokok dan juga kelembapan dikekalkan. Rumpai di antara barisan dikawal dengan bahan kimia atau dengan menanam kacang penutup bumi.

KEMATANGAN DAN MENGUTIP HASIL

Kematangan :
Pokok durian yang ditanam dari benih cantuman biasanya mengeluarkan hasil pada tahun ke enam selepas ditanam walaupun kadangkala ada pokok yang boleh mengeluarkan hasil pada umur 4 atau 5 tahun selepas menanam. Pokok dari benih anak biji pula mengeluarkan hasil selepas 7 –10 tahun menanam.

Hasil :
Hasil pada peringkat awal pengeluaran adalah tidak menentu dan rendah (10 – 60 buah sepokok) dan boleh meningkat kepada 50 – 100 buah/pokok pada umur 10 tahun. Pokok durian yang menjangkau umur 20 tahun atau lebih boleh mengeluarkan hasil sehingga 100 – 200 buah sepokok semusim. Walau bagaimanapun hasil berubah dari tahun ketahun mengikut keadaan cuaca.

Musim :Pokok durian mengeluarkan hasil yang tidak menentu, iaitu pengeluaran yang tinggi pada satu tahun dan berkurangan pada tahun berikutnya. Di bahagian utara seperti Kedah, Perlis dan Penang. Musim utama ialah dari bulan April hingga Julai sementara dibahagian selatan ialah pada bulan Jun hingga September. Di setengah kawasan dimana terdapatnya musim kemarau pada pertengahan tahun musim berbuah akan jatuh pada hujung tahun iaitu bulan November hingga Januari. 

Pendebungaan Berbantu :
Pada keadaan biasa dimana beberapa campuran klon ditanam di sesuatu kawasan pendebungaan berbantu tidak diperlukan memandangkan bilangan buah yang keluar adalah tinggi. Jika sekiranya terdapat di mana pada awal penghasilan hanya terdapat kekurangan bunga maka pendebungaan berbantu boleh diamalkan.

Penuaian :Di Malaysia amalan yang biasa ialah dengan membiarkan buah jatuh ke tanah bagi mendapat buah yang matang (optimum) untuk dimakan segar. Buah durian boleh juga dipetik dengan memotong buah apabila mencapai peringkat matang melalui beberapa kaedah dan dibiarkan tangkainya jatuh sebelum digunakan.

PENYIMPANAN HASIL

Penyimpanan :
Buah durian yang luruh ke tanah apabila sudah masak boleh disimpan di antara 1 – 4 hari pada suhu ambien (28°C) mengikut klon. Suhu yang rendah (5 – 10°C) boleh memanjangkan tempoh penyimpanan ke 2 – 4 minggu. Buah durian yang hampir matang sepenuhnya hendaklah disimpan pada suhu yang lebih tinggi (15°C) bagi mengelakkan kesan sejukbeku. Pada suhu ambien buah-buah ini boleh disimpan di antara 1 – 2 minggu terpulang kepada peringkat kematangan semasa memotong.

EKONOMI

Jumlah kos pengeluaran sehektar bagi 25 tahun ( dengan D24 sebagai klon utama) ialah RM 90,000.00.

Berdasarkan kepada harga di ladang sebanyak RM4.00/kg
· NPV (Nilai Kini Bersih) pada 10% ialah RM130,000.00
· IRR ( Kadar Pulangan Modal) ialah 35% dan
· B/C ( Nisbah Faedah Kos) pada 10% ialah 5.3
 

Ahad, 5 Februari 2012

Messi dengan sejarah Baru..


 
Lionel Messi.(foto:Reuters)
Lionel Messi.
BUENOS AIRES – Kepiawaian Lionel Messi di padang hijau mengundang  kagum di kalangan termasuk seniornya di  Argentina Ossie Ardiles. bekaspemain Albiceleste ini bahkan berani mengatakan budak ajaib milik Barcelona ini akan lebih hebat dari Diego Maradona dan Pele.

“Saya kira Diego tidak akan pernah dilampaui, begitu pun Pele, tapi tidak lagi.Saya bisa mengatakan bahwa Lionel Messi akan tercatat dalam sejarah, sebagai pemain terbaik yang pernah ada,” kata Ardiles, seperti dikutip FIFA, Rabu (4/5/2011).

Yang membuat Messi lebih istimewa adalah, dia bermain di zaman yang memiliki atmosfira pertandingan lebih keras dibanding saat Maradona dan Pele masih bermain.

Selain itu di usianya yang relatif masih muda, Messi banyak menggondol penghargaan, sebagai pemain terbaik dunia, dan juga pencetak gol terbanyak di La Liga sejak musim lalu.

“Perbedaan besar adalah Maradona bermain di Argentina kemudian di Italia, sementara Pele tetap di Brasil, dan di masa itu tekanan yang diterima pemain berbeda dengan saat ini,” katanya.

“Messi selalu di bawah tekanan, dan selalu bermain di pertandingan yang berintensi tinggi, Liga Champions adalah contoh yang sempurna,” sambung Ardiless.




Lionel Messi menjadi satu-satunya pemain yang meraih gelar Pemain Terbaik Dunia FIFA untuk ketiga kalinya secara berturut-turut.
 
Lionel Messi tak hanya meraih gelararan Pemain Terbaik Dunia versi FIFA 2011 (Ballon d'Or). Namun, dia juga mencetak sejarah sebagai satu-satunya pemain yang meraihnya tiga kali secara berturut-turut.

Sejak gelaran itu diberikan FIFA kepada pemain bola sepak seluruh dunia, memang ada dua pemain lain yang meraih gelaran tiga kali. Mereka adalah Zinedine Zidane (Perancis) dan Ronaldo (Brazil). Namun, mereka meraihnya bukan secara berturut-turut, sedangkan Messi meraihnya secara berturut-turut.

Selain itu, Messi juga menjadi pemain pertama yang meraih Ballon d'Or sebagai gelar Pemain Terbaik Dunia. Sebelumnya, Ballon d'Or merupakan gelaran untuk Pemain Terbaik Eropa. Namun, sejak 2010, gelaran itu digabung dengan gelar pemain terbaik versi FIFA. Dua gelar gabungan itu pun diraih Messi.
"Meraih gelar ini tiga kali berturut-turut adalah kehormatan besar," kata Messi.

Daftar Peraih Pemain Terbaik Dunia
1991 - Lothar Matthaeus (Jerman)
1992 - Marco Van Basten (Belanda)
1993 - Roberto Baggio (Italia)
1994 - Romario (Brasil)
1995 - George Weah (Liberia)
1996 - Ronaldo (Brasil)
1997 - Ronaldo (Brasil)
1998 - Zinedine Zidane (Perancis)
1999 - Rivaldo (Brasil)
2000 - Zinedine Zidane (Perancis)
2001 - Luis Figo (Portugal)
2002 - Ronaldo (Brasil)
2003 - Zinedine Zidane (Perancis)
2004 - Ronaldinho (Brasil)
2005 - Ronaldinho (Brasil)
2006 - Fabio Cannavaro (Italia)
2007 - Kaka (Brasil)
2008 - Cristiano Ronaldo (Portugal)
2009 - Lionel Messi (Argentina)
2010 - Lionel Messi (Argentina)
2011 - Lionel Messi (Argentina)

cara menanam cili dan tanaman-tanaman lain.

PANDUAN MENANAM CILI MERAH








PENGENALAN
Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah. Varieti yang baik perlu mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap penyakit dan serangan-serangan serangga.

·         Varieti MC 11
Varieti ini mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam ke ladang dan berterusan sehingga musim berakhir.  Sifat pembuahan yang berterusan menyebabkan buah-buah cili dipetik setiap dua hari.  Sehingga musim berakhir lebih kurang 30 pemetikan dilakukan.  Varieti ini sesuai ditanam dan berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi di pelbagai persekitaran dengan jarak tanaman 60 cm x 100 cm.
 
·         Varieti MC 12
Varieti MC 12 sangat produktif, mempunyai dua puncak pengeluaran dan berupaya mengeluarkan hasil sehingga 4 bulan dengan sistem pengairan yang cekap.  sifatnya yang cepat matang (7 minggu selepas ditanam) dan pemetikan hasil dilakukan selang 5-6 hari.  Ini membolehkan buahnya dipetik sebelum diserang oleh penyakit.  Dalam tempoh 2 bulan penghasilan, hasil yang diperolehi antaa 20-29 tan/ha.  Pokoknya yang rendah dapat mengatasi masalah pokok rebah, oleh itu pancang-pancang tidak diperlukan.  Buahnya yang panjang, padat dan menarik sesuai untuk kegunaan segar dan pemprosesan.
 
·         MC 4
Varieti ini dibiakkan oleh MARDI.  Saiz sederhana panjang, rasa kurang pedas.  Jangkamasa pengeluaran adalah pendek.  Pungutan hasil adalah selama 8-18 minggu selepas menanam.  Sederhana tahan pada penyakit antraknos, rentan pada virus.  Hasilnya ialah 12-20 tan/hektar.  Sesuai untuk ditanam secara besar-besaran.
 
·         MC 5
Varieti ini dibiakkan oleh MARDI, saiz buah 10-15 sm, 10-15 g/biji, variasi dari segi bentuk buah kurang, tinggi pokok 100-200 sm, sangat pedas dan ianya sentiasa berbunga.  Jangkamasa pungutan adalah panjang (5 bulan).  Pungutan hasil selama 12-32 minggu selepas menanam.  Rentan pada virus antraknos dan virus.  Hasil adalah sebanyak 15-25 tan/hektar.
 
·         Kulai
Saiz buahnya 12-15 sm, tirus, mesocap tebal, tinggi pokok adalah 60-180 sm, rasanya sangat pedas.  Hasil buah sebanyak 10-15 tan/hektar.

KERINTANGAN TERHADAP PENYAKIT
  1. Antraknos (MC 11 & 12 : rentan)
    Rawat biji benih dengan Thiram.  Sembur racun kulat Mancozeb.
     
  2. Kerekot Daun dan Mozek Daun (Leaf curl and mosaic virus)
    MC 11 rentan ; MC 12  escape. Penyakit-penyakit disebarkan oleh Kutu Daun.  Musnahkan pokok yang berpenyakit.
     
  3. Hawa Reput/PucukChoanephora (MC 11: sedikit tahan; MC 12: rentan)
    Sembur racun kulat Benomyl (Benlate).

Perhatian:  Benih-benih tanaman boleh diperolehi dari mana-mana Pusat    Pembangunan Komoditi Semenanjung Malaysia.


PENANAMAN

Penyediaan Tanah:

  1. Di Ladang
    Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci).  Sediakan batas berukuran 1.2m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi.  Panjang batas mengikut keadaan kawasan.  Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki).  Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.
     
  2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
    Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir.  Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.

Menyediakan Anak Benih:
Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci panjang, 22 cmm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi.  Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir.  Semai 5 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah.  Jarak tanaman ialah 5 cm (2inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok.  Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari.  Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan.  Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai.  Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.

Menanam:
  1. Di Ladang
    Anak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas.  Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali.  Kemudian, gali anak benih dengan segumpal tanah dan tanam terus ke batas.  Jarak tanaman ialah 90 cm (30 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris
     
  2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
    Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci).  Tinggalkan hanya sepokok.


MENDAPATKAN POKOK CILI YANG RIMBUN
(sumber: Suara KPW Oktober 1993)

Untuk mendapatkan pokok cili yang rimbun dan subur, cara menanamnya perlu diberi perhatian.  Menanam anak benih cili secara menyendeng dan melenturkannya adalah salah satu cara yang baik bagi memperolehi pokok cili yang banyak ranting.  Bila pokok cili mempunyai ranting yang banyak, maka hasil cili juga akan bertambah berbanding dengan pokok cili yang kurang rantingnya.  Disamping itu, amalan menggetu (memetik) pucuknya juga akan menambahkan bilangan ranting pokok.

PENJAGAAN:
Menyiram
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.


Membaja
1.      Di Ladang
Tabur baja NPK Blue Special (12:12:   17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.
 
2.      Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Tabur sebanyak 1 sudu teh atau 5 gm baja NPK Blue Special (12:12  17:2) sepasu di keliling pokok setiap minggu.

Sungkupan
  1. Di Ladang  - Gunakan rumput-rumput  kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan
  2. Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain -Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput
Bersihkan batas daripada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak.  Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpai untuk mengawalnya.

Kawalan Serangga dan Penyakit
Tanaman cili mengalami banyak masalah dan antara yang penting ialah masalah serangga perosak dan penyakit.  Berbagai-bagai jenis serangga perosak telah dikenalpasti menyerang tanaman cili pada semua peringkat pertumbuhan. 
Penyakit:


PENYAKIT BUAH SALAK

  • Reput buah (Marasmiellus spp.)
    Buah diserang akan reput di bahagian pangkal.  Kelihatan misellium putih berbentuk kipas pada buah diserang.  Serangan sering berlaku di musim hujan.  Musnahkan pelepah yang dipangkas dan jga kebersihan ladang.
     
  • Bintik daun (Pestalotiopsis spp.)
    Bintik perang kecil yang kemudiannya membesar dan bercantum.  Serangan serius menyebabkan daun menjadi kering.  Pangkas pelepah daun yang diserang.  Beri pembajaan yang mencukupi.

PEROSAK BUAH SALAK

  • Kumbang pengorek pucuk (Protocerius colossus)
    Kumbang memakan pucuk.  Bila serangan teruk pucuk tanaman akan mati  Pangkas pucuk yang diserang.  Musnahkan larva dan kumbang,
     
  • Kumbang pengorek buah (Omotemnus miniatrocnitus)
    Serangan menyebabkan buah menjadi busuk dan berair.  Musnahkan kumbang dewasa.
     
  • Pianggang penghisap buah (Tolumnia spp.)
    Serangan  pada buah muda menyebabkan buah terbantut.  Pada buah yang tua pula mutu buah akan menurun.  Musnahkan serangga dewasa.
     
  • Ulat penggulung daun (Hidari spp.)
    Larva bersembunyi di dalam gulung-gulung daun lalu memakan daun.  Kawasan secara manual.

PENYAKIT TANAMAN ROSELLE

  • Reput dan / reput batang (Coniella musasiaensis)
    Daun dan batang menjadi reput dan boleh menjejaskan hasil.  Serius ketika musim hujan. 
    Elakkan penanaman pada musim tengkujuh

PENYAKIT TEBU KUNING

  • Smut (bulir hitam - Ustukagi scitaminea)
    Pokok terbantut, hujung batang dan pucuk diselubungi bulir hitam.
 

PENYAKIT LABU, PETOLA, PERIA, TIMUN

  • Kulapok downy
    Bintik-bintik bersegi berwarna kekuninan di atas daun.  Sembur dengan racun kulat seperti metalaxyl atau carbendazim.
     
  • Kulapok berdebu
    Kulat berdebu di bahagian bawah daun.  Daun menjadi perang, kuning dan berkedut.  Sembur dengan racun kulat seperti  carbendazim atau tridemorph.
     
  • Lecuh anak benih
    Pangkal anak benih seakan lecuh.  Anak benih layu, rebah dan mati.  Rawat biji benih dengan racun kulat seperti mancozeb, metalaxyl + mancozeb.
     
  • Antraknos
    Bintik-bintik berpussar dan berwarna hitam pada bahagian yang diserang.  Semburkan dengan racun kulat seperti maneb, zineb, chlorothalonil, carbendazim atau mancozeb.

PENYAKIT DAN PENYEBAB BAGI TANAMAN CILI, TERUNG DAN TOMATO

  • Bintik daun (Cercospora capsici)
    Bintik-bintik kecil bulat perang pada daun.  Amalkan tanaman giliran.  Sembur dengan racun kulat seperti chlorothalonil, mancozeb.  Rawat biji benih dengan racun kulat.
     
  • Hawar pucuk (Choanephora cucubitarum)
    Pucuk menjadi layu dan berwarna hitam, terdapat spora-spora hitam pada pucuk.  Rawat biji benih dengan racun kulat.
     
  • Reput pangkal (Sclerotium roolfsii)
    Pangkal pokok dan akar menjadi hitam dan reput.   Rawat biji benih dengan racun kulat.
     
  • Lecuh anak benih (Phthium sppp. dan Rhizoctonia spp.)
    Pangkal anak benih kelihatan seakan-akan lecuhh.  Anak benih layhu, rebah dan mati.
     
  • Layu bakteria ( Ralstonia solanacearum)
    Daun berwarna kuning, layu dan akhirnya mati.  Jika akar atau batang dipotong atau direndam dalam air akan mengeluarkan cecair jaluran putih.  Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit dan amalkan tanaman giliran.  Perlu saliran yang baik.
     
  • Antraknos Buah
    Sembur racun kulat seperti Mancozeb


Serangga:

- Kutu Daun:  Sembur racun serangga chlorphyritfos atau imidachloprid

- Hamama Merah:  Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke bawah.  Sembur racun
  seperti dicofol atau malathion

- Afid:  Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga cili.  Serangan menyebabkan daun 
  berkerekot dan pertumbuhan pokok muda terbantut.  Selain itu, afid ialah pembawa penyakit virus.

- Kutu Trip:  Menghisap cecair daripada bahagian daun, pucuk dan bunga.  Akibatnya daun menjadi kecil dan
  bentuk daun melengkung ke atas.  Kutu trip juga boleh menyebar virus.

- Hama:  Daun yang diserang menjadi kerekot, kecil dan melengkung ke bawah.

- Pengorek Buah:  Membuat lubang besar pada permukaan buah yang diserang.

- Ulat Ratus:  Makan daun dan buah.

- Lalat Buah:  Bertelur di kulit buah.  Larva merosakkan bahagian dalam buah mengakibatkan buah menjadi
  busuk dan berair.

 
Untuk pengawalan yang berkesan, pada peringkat semaian, benih cili hendaklah disemai di dalam rumah jaring kalis serangga.  Tujuannya ialah untuk menghalang serangan serangga perosak seperti afid daripada menyebar penyakit virus dan juga serangga-serangga lain yang boleh merosakkan tanaman cili.  Ini penting kerana anak-anak benih cili yang hendak diubah ke ladang mestilah sihat.  Anak-anak benih yang dijangkiti virus tidak boleh dipulihkan semula.  Tambahan pula anak-anak benih cili yang dijangkiti virus pada peringkat semaian sukar dikenalpasti kerana simptomnya tidak jelas seperti pada pokok dewasa.

Di ladang, batas-batas mestilah disungkup dengan plastik bersinar.  Pantulan cahaya daripada plastik bersinar ini mampu menghindarkan dan mengurangkan afid bersayap dan juga kutu trip hinggap pada tanaman cili.  Ini amat penting terutama pokok sekurang-kurangnya sehingga minggu ke -5 selepas diubah ke ladang.  Peringkat ini dianggap kritikal kerana jika jangkitan virus berlaku hasil akan berkurangan sebanyak 30% hingga 60%.

Disamping mengawal afid dan mengurangkan kejadian penyakit virus, penggunaan sungkupan plastik bersinar juga memberi beberapa kebaikan seperti:-
  • Membantu mengawal rumput-rumpai dan mengurangkan kos merumput;
  • Mengekalkan kelembapan tanah dan menstabilkan suhu tanah;
  • Menghalang hakisan baja oleh pengaliran air dan hujan.
  • Cahaya yang dipantul oleh sungkupan plastik bersinar boleh meningkatkan aktiviti stomata dan fotosintesis.

Akan tetapi, selepas minggu ke-5 sebahagian besar permukaan plastik akan dilindungi oleh rimbunan pokok cili.  Oleh itu, pantulan cahaya semakin berkurangan untuk menghalang hinggapan afid bersayap dan kutu trip.  Selepas tempoh ini, dicadangkan supaya racun serangga terpilih yang berkesan digunakan dan disembur apabila perlu sahaja.  Seelok-eloknya setiap semburan diulang selepas 7 hari sehingga masalah perosak dapat diatasi.
Pada peringkat berbuah pula, jika tidak diawasi dengan teliti buah-buah cili boleh dirosakkan oleh perosak buah dan lalat buah.  Racun perosak terpilih yang berkesan boleh digunakan mengikut peraturan yang disyorkan bagi mengurangkan kerosakan oleh perosak-perosak tersebut.  Perkara penting yang perlu dipatuhi bagi penyemburan semasa peringkat berbuah ialah hasil hanya boleh dituai selepas 7 hari penyemburan dilakukan.
Pengawalan dengan menggunakan musuh semula jadi tanaman cili seperti kumbang, kura-kura, lalat sirfid dan kutu sibur-sibur juga boleh diamalkan.  Serangga-serangga ini gemar makan afid manakala bakteria Bacillus thuringiensis digunakan untuk mengawal serangga-serangga perosak seperti ulas pengorek buah dan ulat ratus.
Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara kecil-kecilan, sistem tanaman berbilang seperti selingan antara cili dengan jagung boleh diamalkan.  Sistem ini berupaya mengurangkan kira-kira 60% afid bersayap dan boleh mengurangkan kejadian penyakit virus sebanyak 50-60% tanpa semburan racun serangga.  Sistem ini menggalakkan kehadiran kumbang kura-kura yang makan afid pada jagung.  Secara tidak langsung, kumbang kura-kura ini juga akan memusnahkan afid yang ada pada tanaman cili.  Bagi petani yang ingin mengusahakan penanaman cili secara sistem selingan antara jagung dengan cili, perlu diingat bahawa tanaman jagung mestilah ditanam 3 atau 4 minggu lebih awal sebelum anak benih cili diubah ke ladang, tetapi sistem ini kurang sesuai untuk penanaman secara komersial kerana terdapat masalah dalam operasi penjenteraan.
Selain amalan pencegahan dan pengawalan perosak, penanam cili harus sedar bahawa spek pengurusan tanaman seperti pengairan dan pembajaan juga penting bagi menentukan pengeluaran hasil yang tinggi dan bermutu.

MEMUNGUT HASIL
(1)     Di Ladang
Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang.  Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari.  Anggaran hasil dari kawasan 50 m (400 kaki) persegi ialah 100 - 200 kg.
·         Cili HIjau
Harga ialah antara RM4.00 ke RM6.00(tertakluk pada pasaran)
Pendapatan (kasar ialah antara RM400.00 ke RM1,200.00.
 
·         Cili Merah
Harga ialah antara RM5.00 ke RM8.00.(tertakluk pada pasaran) 
Pendapatan kasar ialah antara RM50.00 ke RM1,600.00
(2)     Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam.  Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI:


PENUAIAN

Penuaian merupakan operasi awal dalam pengendalian lepas tuai.  Aspek penting bagi penuaian adalah menentukan tahap kematangan yang sesuai dan cara penuaian.  Tahap kematangan ketika penuaian mempengaruhi mutu selepas tiai dan ketahanan semasa penyimpanan.  Citarasa sesuatu jenis sayur berbeza sekiranya hasil dikutip terlalu muda atau terlalu tua.
Masa penuaian yang sesuai bagi sayuran bergantung pada iklim, musim penanaman tertentu, varieti dan jenis sayur.  Menentukan tahap sesuatu jenis sayur itu telah mencapai puncak mutu terbaik, bukanlah satu perkara yagn mudah dilakukan.  Jangka masa kematangan yang tertera pada label yang terdapat pada paket atau katalog biji benih boleh digunakan sebagai panduan sahaja.  Indeks penuaian bagi kebanyakan sayur buah dan sayur daun adalah berdasarkan saiz dan warna.  Sayur buah pada peringkat muda seperti timun dan bendi, misalnya, boleh dipetik pada beberapa saiz mengikut keperluan pasaran.  Manakala kebanyakan sayur buah yang diperlukan pada peringkat matang seperti tomato dan cili, penuaian mungkin bergantung pada perubahan warna sayuran tersebut.  Bagi sayur daun pula, saiz biasanya digunakan sebagai kriteria utama bagi indeks penuaian.  Manakala sayuran seperti kubis, kepadatannya boleh digunakan sebagai asas penuaian.  Umumnya, peringkat kematangan yang sesuai untuk penuaian berbeza mengikut jenis sayur dan cara pemasarannya.

PENGENDALIAN DI LADANG

Pengendalian di ladang perlu dilakukan dengan cermat bagi mengelakkan kecederaan mekanikal yang boleh memberi kesan lebam, calar atau pecah.  Pengendalian awal yang dilakukan di ladang dapat mengurangkan kadar kerosakan sayuran pada peringkat pengendalian yang berikutnya.  Disamping itu, operasi penyediaan di rumah pembungkusan dapat dikurangkan sekiranya penyediaan awal telah dilakukan di ladang.

MEMETIK SAYURAN

Kebanyakan sayur dipetik menggunakan tangan sahaja atau menggunakan pisau yang tajam.  Pisau yang digunakan mestilah sentiasa tajam dan bersih untuk mengelakkan penyebaran virus dari satu pokok ke pokok yang lain.  Teknik penuaian berbeza bergantung pada bahagian tanaman yang dipetik.  Bagi sayur jenis crucifer (kubis, kailan, kubis bunga dan brokoli), batang utamanya dipotong dengan pisau tajam dan pembersihan boleh dibuat di ladang.  Manakala sesetengah sayur daun yang lain (bayam, kangkung) biasanya dicabut dengan tangan.  Perlulah dipastikan supaya bahagian tangkai yang dipotong tidak menyentuh permukaan tanah. Sayur buah yang mempunyai tangkai yang ada lapisan pemisah (kacang panjang, buncis, cili) boleh dipetik dengan cara memutuskan tangkai dengan mudah menggunakan tangan.  Sebaliknya sayur buah yang mempunyai tangkai yang liat, memetik menggunakan tangan boleh merosakkan sama ada tangkai atau buah (bendi, terung, timun, labu).  Sayur jenis ini boleh dipetik dengan cara memotong tangkai menggunakan gunting (secateurs) atau pisau.
Masa yang sesuai untuk menjalankan operasi penuaian perlu juga difikirkan.  Penuaian perlu dilakukan pada waktu yang paling sejuk, sama ada pada awal pagi atau lewat petang.  Sayuran untuk pasaran tempatan boleh dipetik pada waktu pagi.  Untuk pasaran yang jauh, penuaian lebih baik dilakukan pada waktu petang sekiranya pengangkutan yang sesuai dapat diatur untuk mengangkut sayuran ke pasaran pada waktu malam atau awal pagi keesokan harinya.  Bekas pengisi sayuran yang digunakan semasa penuaian mestilah mempunyai saiz yang sesuai dan boleh dibawa oleh pekerja ke seluruh ladang.  Bekas tersebut mestilah mempunyai dinding yang tidak tajam untuk mengelakkan kerosakan pada sayur.  Penggunaan bekas yang kotor atau tercemar oleh tanah, sisa tumbuhan dan sisa yang reput perlulah dielakkan.
Sayuran yang telah dipetik mestilah dikumpulkan di tempat yang redup sekiranya pengangkutan segera tidak dapat dilakukan.  Sayuran yang terdedah pada panas matahari akan mengalami peningkatan suhu yang menyebabkan sayur mudah rosak dan layu.  Merenjis dengan air mungkin perlu supaya sayur tidak layu.  Sayuran yang telah dipetik juga mesti dielakkan daripada tercemar degan tidak meletakkannya secara terus di tanah terutamanya tanah basah.
Peringkat penuaian yang sesuai mengikut kiraan masa selepas ditanam bagi sayuran terpilih
Sayur Daun
Selepas Ditanam
Sayur Buah
Selepas Ditanam
Kekacang dan Ubi
Selepas Ditanam
  Bayam
  Brokoli
  Kailan
  Kangkung
  Kubis bulat
  Kubis bunga
  Kubis cina
  Sawi
4 minggu
8 minggu
6 minggu
3 minggu
8-8 minggu
8 minggu
8 minggu
4 minggu
  Bendi
  Capsicum
  Cili
  Terung
  Timun
  Tomato
8 minggu
10 minggu
10 minggu
14 minggu
4 minggu
6-9 minggu
Jagung sayur
Kacang buncis
Kacang manis
Kacang panjang
Keledek
Sengkuang
7 minggu
5 minggu
5 minggu
5 minggu
3-5 minggu
3-5 minggu

PEMBUNGKUSAN DI LADANG

Penggunaan bahan pembungkus yang sesuai serta tahan lasak semasa di ladang amat penting untuk mengurangkan kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.  Kaedah pembungkusan yang baik dapat mengurangkan kehilangan air daripada sayuran dan kerosakan mekanikal yang boleh mempengaruhi mutu sayuran pada peringkat penggunaan.  Memasukkan hasil yang dituai terus ke dalam bungkusan yang tersedia untuk dipasarkan adalah digalakkan bagi mengurangkan kerosakan disebabkan oleh pengendalian berganda.

PENGANGKUTAN DI LADANG

Mengangkut sayuran keluar dari ladang ke rumah pembungkusan perlu dilakukan dengan cepat untuk mengelakkan sayuran daripada terdedah terlalu lama pada persekitaran yang kadangkalanya terlalu panas atau terlalu lembap.  Jenis kenderaan yang digunakan perlu disesuaikan dengan jarak pasaran dan jumlah sayuran yang dikendalikan.  Lori kecil atau trailer yang disambungkan ke traktor boleh digunakan untuk mengangkut sayuran yang dipetik ke tempat pengumpulan atau rumah pembungkusan.  Jalan ladang perlulah dalam keadaan baik sebab kerosakan terhadap sayuran mudah berlaku jika diangkut melalui jalan yang tidak rata lebih lebih lagi jika menggunakan kenderaan yang tidak sesuai.  Bekas yang berisi sayur mestilah dipunggah ke dalam kenderaan dengan cermat dan disusun dengan sebaik mungkin supaya tidak mudah terbalik atau terlalu memberi beban kepada bekas di lapisan bawah, yang boleh menyebabkan kecederaan.

OPERASI RUMAH PEMBUNGKUSAN

Rumah pembungkusan merupakan kawasan teduhan untuk melakukan operasi penyediaan bagi menyediakan sayuran untuk pasaran.  Rumah pembungkusan boleh merupakan bangsal yang mempunyai peralatan yang terhad atau kompleks yang dilengkapi dengan berbagai-bagai jenis peralatan moden.   Operasi penyediaan yang dijalankan meliputi pemilihan, pemotongan, pembasuhan, pengeringan, penggredan, penyimpanan dan pembungkusan.  Kesesuaian sesuatu operasi penyediaan berbeza mengikut jenis sayur dan jenis pasaran.
 

Operasi penyediaan sayur-sayuran untuk pasaran

Sayur daun
Pemili han
Pembersi
han
Pembasu
han
Rawatan
Air Panas
Pengeringan
Perawatan
Pemasakan
Penyahijauan
Penggredan
Pembung
kusan
 Bayam
 Brokoli
 Kubis bunga
 Kailan
 Kangkung
 Kubis bulat
 Kubis cina
 Sawi














































Sayur buah










 Bendi
 Capsicum
 Cili
 Terung
 Tomato
















 













 








Kekacang










 Jagung sayur
 Kacang buncis
 Kacang manis
 Kacang panjang
















Ubi










 Keledek
 Lobak medrah
 Sengkuang


















PEMPROSESAN MINIMUM SAYURAN

Aspek pemprosesan minimum merupakan satu aktiviti lepas tuai yang mula mendapat tempat di pasaran sekarang.  Sayuran yang diproses secara minimum merupakan sayuran yang telah dilakukan pembersihan, dibuang kulit atau dipotong dan dibungkus.  Operasi yang dilakukan bergantung pada jenis sayur.  Sayur yang diproses secara minimum ini sedia untuk terus dimasak atau dimakan.  Melalui kaedah yang sesuai, sayuran yang boleh diproses secara minimum dapat dikekalkan kesegarannya untuk tempoh simpanan tertentu.  Antara kelebihan yang diperolehi daripada hasil pemprosesan minimum ini ialah pengguna mudah membuat pilihan pada hasil yang dibeli dalam masa yang singkat.  Bahagian-bahagian yang hendak dimakan atau digunakan jelas kelihatan.  Selain itu pengguna juga dapat menjimatkan masa pengendalian sayuran itu sendiri, terutama bagi sayuran yang telah tersedia dipotong (bergantung pada jenis sayur).  Pembelian bersesuaian dengan menu yang dirancang.
Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan
yang sesuai bagi sayur terpilih
Jenis
Suhu (oC)
Kelembapan relatif (%)
Tempoh
Bayam
Cili
Kacang bendi
Kacang panjang
Kailan
Kangkung
Kubis bulat
Kubis bunga
Kubis cina
Labu
Lobak merah
Saderi
Sawi
Terung
Timun
Tomato hijau
Tomato masak
Ubi keledek
Ubi sangkuang
5
5
7-10
4-7
5
5
1-2
0
0
10-13
0
0
5
8-12
10-13
13-21
8-10
13-16
0
90-95
90-95
95
95
90-95
90-95
90-95
95-98
95-100
90-95
98-100
98-100
90-95
90-95
95
90-95
90-95
85-90
95
1-1.5 minggu
8 minggu
3-4 hari
7-10 hari
1-1.5 minggu
1-1.5 minggu
6-12 minggu
3-4 minggu
2-3 bulan
5-10 bulan
4-6 minggu
2-3 bulan
1-1.5 minggu
1 minggu
10-14 hari
1-3 minggu
4-7 hari
4-7 bulan
4-5 bulan
Suhu, kelembapan dan tempoh simpanan yang
diproses secara minimum
Jenis
Suhu (oC)
Kelembapan relatif (%)
Tempoh
Bawang
cili
Daun bawang
Daun salad
Daun saderi
Kacang Panjang
Kubis
Timun
2
2
2
2
2
2
2
2
85-90
85-90
85-90
85-90
85-90
85-90
85-90
85-90
3
3
2
2
2
2
2
3


SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED CILI MERAH
Spesifikasi gred ini meliputi semua varieti dan jenis cili merah tempatan yang dipasarkan.  Cili yang dipasarkan sebagai cili hijau tidak termasuk di dalam sko spesifikasi ini.
Indeks 1:
Tidak matang - Cili berkenaan dipasarkan sebagai cili hijau.  Kulit cili berkenaan berwarna hijau muda.

Indeks 2:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna hijau tua dan berkilat dan dipasarkan sebagai cili merha.

Indeks 3:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan kelihatan berwarna merah dan hijau (hijau merah).

Indeks 4:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman (hampir masak) tetapi msih diterima oleh pasaran di peringkat runcit.

Indeks 5:
Cukup matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah sepenuhnya.

Indeks 6:
Terlalu matang - Kulit cili berkenaan berwarna merah kehitaman.

Pengelasan Gred dan Saiz
Gred
Ketentuan
Kelonggaran
(% maksimum)
1
Jenis yang sama
Tahap kemalangan yang seragam
Kesegaran
Kecacatan (cacat bentuk, kotor) rosak
Saiz yang seragam (panjang x > 10 cm)


5
5
10
5
2
Jenis yang sama
Warna seragam
Tidak segar
Cacat, kotor, rosak
Saiz yang seragam (panjang 7-10 cm)

5
5
15
5
 
Luar Gred
Cili yang tidak memenuhi ciri-ciri gred di atas


PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN

·         Pembugkusan
Cili merah dari gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan.
 
·         Perlabelan
Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat berikut:- Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan gred.