Projek naik taraf jalan luar bandar
Sungguh bertuah penduduk Kampung Sg udin... seperti menerima durian runtuh apa tidaknya, kerajaan yang selama ini memerintah akan membekalkan Tenaga Elektrik yang selama ini di tunggu-tunggu penduduk. kampung yang hanya 45 minit dari bandar Tawau masih tidak dapat menerima bekalan Tenaga Elektrik.. apa yang dikatakan rezeki akirnya datang jua... rezeki Pru 13.. menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyediakan kemudahan kepada rakyatnya..

Apa yang menariknya disini adalah PROJEK NAIK TARAF jalan luar bandar.. signboard di simpang jalan menyatakan jalan di kampung ini di naik taraf, tetapi malangnya hanya 600 meter saja.. (hanya 600 meter).... kenapa ini terjadi? dengan aspal yang tipis tiada saliran air (longkang)yang bagus, jalan yang di naik taraf itu hancur... penduduk kampung mahukan kehidupan yang selesa.. dengan jalan yang tidak sempurna sejak bertahun lamanya akan memberikan kesan pada pelajar sekolah yang berulang alik dari kampung sg udin ke Merotai Besar apabila musim hujan.
sebahagian dari jalan sg udin.
Penduduk kampung mengharapkan perubahan yang di bawa oleh kerajaan sama seperti kampung-kampung lain yang ada di malaysia khususnya negeri Sabah. Jika apa yang kita dengar mahupun lihat Malaysia
sudah berada jauh lebih maju dari Negara-Negara Asia yang lain dari apa yang kita lihat dari Media cetak
Kita semakin maju pendapatan Negara semakin meningkat, tapi mengapa peruntukan
pembinaan jalan Raya hanya 600 meter sahaja?
Apakah ada sebab-sebab lain yang menyebabkan jalanraya ini di buat tertangguh seketika..?
Harapan penduduk jika bekalan elektrik dapat disalurkan, ini adalah petanda dimana penduduk luar bandar tidak disisikan, akan tetapi dengan kemajuan yang ada, harus diselarikan dengan kemudahan yang lain ia adalah Jalan Raya, yang mana jalanraya adalah kemudahan yang utama selain elektrik dan air bersih...
Di waktu mendatang penduduk menanti bekalan AIR BERSIH..
Keindahan panorama di kg sg udin